AYN Odin 3 Ialah Konsol Mudah Alih Pertama Dilengkapi Snapdragon 8 Elite
Effi Saharudin
Bermain permua pada telefon pintar moden memang menyeronokkan tetapi alat kawalan menggunakan skrin tidak begitu jitu lebih-lebih lagi untuk permainan genre FPS, platform dan beat-em up. Terdapat beberapa konsol mudah alih Android di pasaran tetapi rata-ratanya dilengkapi cip pemproses yang sudah berusia. Minggu ini AYN Odin 3 diperlihatkan dengan ia bakal menjadi konsol mudah alih pertama dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite.

Selain cip berkuasa, ia juga hadir dengan skrin 6″ AMOLED 120 Hz dan dipadankan dengan bateri 8000 mAh. Tiada maklumat mengenai RAM dan storan pada ketika ini. Yang dapat dilihat ia mempunyai dua butang analog, satu butang D, empat butang muka, empat butang bahu dan dua lagi butang tambahan di bahagian bawah.
Dengan cip lebih berkuasa dan skrin besar, Odin 3 dapat menjalankan pelbagai permua moden dan aplikasi emulator popular pada tetapan yang lebih tinggi. Tarikh pelancaran AYN Odin 3 belum lagi diumumkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.