Malaysia Oversight

Automattic Menangguhkan Hasrat Untuk Tumblr Menggunakan Sistem WordPress

By Amanz in July 6, 2025 – Reading time 1 minute
Automattic Menangguhkan Hasrat Untuk Tumblr Menggunakan Sistem WordPress


Web 2.0

Automattic Menangguhkan Hasrat Untuk Tumblr Menggunakan Sistem WordPress

July 5, 2025

Aman

Automattic sebelum ini telah pun mengambil-alih Tumblr daripada pihak Yahoo!, dan seterusnya menyasarkan untuk menggunakan sistem WordPress untuk menguasakannya – sekaligus memudahkan mereka membangunkan dan menguruskan Tumblr. Namun, kini pihak Automattic berkongsi yang mana mereka menangguhkan hasrat berkenaan buat masa ini.

Tumblr WordPress

Matt Mullenweg, CEO Automattic mengatakan buat masa ini mereka lebih memfokuskan kepada beberapa ciri yang diinginkan pengguna. Peralihan ke WordPress dilihat akan menjadi peralihan infrastruktur, yang akan mengambil masa lebih lama lagi. Ia tidak diketahui sama ada proses peralihan Tumblr menggunakan WordPress akan dilaksanakan atau tidak, dan berapa lamakah akan diambil sebelum pihak Automattic memfokuskan kepada peralihan berkenaan.

Melalui podsiar sama, Matt Mullenweg turut berkongsi mengatakan Tumblr masih tidak menjana keuntungan buat masa ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link