Malaysia Oversight

Audio ‘Hadi namakan Hamzah’ calon PM? PAS berteka-teki

By MkiniBM in October 1, 2025 – Reading time 2 minute
Audio 'Hadi namakan Hamzah' calon PM? PAS berteka-teki


Setiausaha Agung , Takiyuddin Hassan hari ini mengelak daripada menjawab soalan berhubung kandungan rakaman audio yang mendakwa parti itu mahu Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin dinamakan calon perdana menteri PN.

Takiyuddin berkata beban untuk membuktikan dakwaan itu terletak kepada individu yang membuat tuduhan.

Takiyuddin juga berteka-teki ketika ditanya mengenai pertemuan yang didakwa berlangsung, dengan Presiden , Abdul Hadi Awang didakwa mencalonkan Hamzah.

Jelasnya, menjadi perkara biasa bagi pemimpin parti komponen PN bertemu secara berkala.

a83cc209f593904396ae4b22a2e4134f

“Kita () dalam Perikatan Nasional sentiasa kita ada perjumpaan dengan Gerakan, dengan MIPP, dengan apatah lagi dengan Bersatu sentiasa ada perjumpaan.

“Jadi kalau nak kata perjumpaan top five PAS ke, siapa ke itu biasa.

“Malah kita semasa sidang parlimen kita selalu Presiden PAS ni buat apa dia macam panggil usrahlah, semua ahli parlimen Perikatan Nasional datang sini untuk dengar.

“Jadi bagi kita perjumpaan tu adalah perkara biasa lah, bukan perkara yang asing.

1f16d2a1f188ec180f001d00089605c9
Para pemimpin PN, dari kiri Takiyuddin Hassan, Yassin dan Abdul Hadi Awang.

“Adapun perkara yang dikatakan itu, siapa yang mendakwa tu dia lah berhak membuktikan ‘the burden of proof in the on the prosecution lah’, siapa yang mendakwa tu dia kena jawab lah,” kata Takiyuddin pada sidang media di Kuala Lumpur.

Terdahulu hari ini, satu klip audio pendek tular di Whatsapp. Ia mengandungi suara yang mirip seorang pemimpin Bersatu — kedengaran seperti sedang bercakap kepada sekumpulan individu — mendakwa Hadi membuat cadangan itu dalam satu pertemuan antara pemimpin tertinggi PAS dengan beberapa pemimpin Bersatu, termasuk Hamzah.

Apabila terus ditekan untuk mengesahkan atau menafikan jika PAS telah memutuskan menamakan Hamzah, Takiyuddin kembali merujuk kepada pendirian Hadi.

Katanya, presiden PAS telah menegaskan PN sepatutnya menumpukan usaha untuk memenangi pilihan raya umum akan datang terlebih dahulu dan hanya membuat keputusan mengenai siapa bakal perdana menteri selepas berjaya membentuk .

2ae6667e1a3ecdbedd855ce8b34284dc

Dia turut mengulangi bahawa keputusan sebegitu hanya boleh dibuat secara kolektif oleh PN dan sehingga kini, belum ada sebarang keputusan.

“Presiden PAS kata kita tak nak menamakan siapa pun sebagai perdana menteri. Kita nak menang PRU16 dulu. Perdana menteri datang kemudian.

“Kita ramai calon-calon perdana menteri, bukan satu je lebih daripada satu pun di kalangan Perikatan Nasional.

“Saya rasa tak timbul benda tu, dengan Tuan Guru Hadji Hadi jelas ya tak menamakan Perikatan Nasional, tak menamakan siapapun untuk jadi perdana menteri selepas PRU16,” tegasnya.



Source link