Atlassian Membeli The Browser Company Pada Nilai $610 Juta
Aman
Atlassian merupakan salah satu syarikat yang membangunkan sejumlah perisian dengan fokus produktiviti, termasuk antaranya adalah Trello, Jira dan sebagainya. Terbaru, dalam terus menambah penawaran serta portfolio memfokuskan produktiviti, Atlassian telah bersetuju untuk mengambil-alih The Browser Company hari ini.
The Browser Company merupakan syarikat sebalik pelayar web seperti Arc dan juga Dia. Mereka membangunkan pelayar web dengan integrasi kecerdasan buatan, sekaligus meningkatkan lagi produktiviti ketika menggunakan pelayar web berkenaan.
The Browser Company mengatakan mereka akan kekal beroperasi bebas seperti sedia ada. Dengan pengambil-alihan ini, ia dijangka akan terus membantu The Browser Company dalam membangunkan ciri-ciri baharu, memperluaskan sokongan platform dan lain-lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.