Malaysia Oversight

Asyraf Wajdi bangkitkan sentimen tentang Marhamah, Adam Adli

By MkiniBM in December 17, 2025 – Reading time 1 minute
Asyraf Wajdi bangkitkan sentimen tentang Marhamah, Adam Adli


membangkitkan sentimen seputar pelantikan Marhamah Rosli sebagai timbalan menteri agama dan Adam Adli Abd Halim sebagai timbalan menteri pengajian tinggi.

Setiausaha agungnya Asyraf Wajdi Dusuki berkata Marhamah adalah personaliti yang penuh kontroversi, antaranya dalam isu kematian Zara Qairina Mahathir serta dakwaan ‘scam‘ (penipuan) emas melibatkan nilai RM14 juta.

Adam pula, katanya, lantang menuntut pemansuhan tabung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semasa era dahulu.

“Ini hanyalah sebahagian daripada sentimen yang kuat berlegar di ruangan media sosial sejak pengumuman semalam. 

“Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana,” katanya.

1bfa97fb5567ec0fcfaff1bcb02ed5c5
Adam ketika menjadi aktivis pelajar

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Marhamah dan Adam berkaitan perkara ini.

‘Dia juga mangsa, bukan ejen’

Sementara itu, bekas pemimpin dan penceramah Badrulamin Bahron, tampil mempertahankan Marhamah yang juga anak saudaranya.

Badrulamin berkata Marhamah dan NGO yang terlibat mengutip sumbangan untuk keluarga Zara Qairina mendapat permit daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

5ed0a6253da49feb345326dae9bad2d7

Katanya, polis juga diberitahu dan kutipan itu diaudit.

Berkenaan tuduhan penipuan emas, Badrulamin berkata Marhamah bukan ejen tetapi juga mangsa dalam kes itu.

Dalam kenyataan sama di media sosial, Asyraf turut membangkitkan isu pelantikan menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, yang kedua-duanya berbangsa Cina.



Source link