Malaysia Oversight

Asyraf tak gentar disaman ibu bapa bekas pelajar MRSM

By MkiniBM in August 10, 2025 – Reading time 1 minute
Asyraf tak gentar disaman ibu bapa bekas pelajar MRSM


Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bahawa beberapa ibu bapa bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) – yang dibuang kerana kes buli – merancang untuk menyamannya.

Bagaimanapun, dia tidak goyah dengan ugutan itu.

“Saya ingin memberitahu ini kepada mereka – Bring it on!

“Saya nak jaga keselamatan majoriti pelajar bukan segelintir yang berlagak samseng,” katanya di Facebook diikuti tanda pagar #YouTouchYouGo, merujuk kepada dasar tiada toleransi terhadap buli.

Dia tidak menyatakan ibu bapa yang dimaksudkannya atau kes yang berkaitan.

Menurut laporan berita, antara kejadian terbaru termasuk kes buli di MRSM Nibong Tebal, Pulau Pinang pada April dan MRSM Besut di Terengganu pada Jun tahun ini.

Sebuah jawatankuasa tatatertib MRSM telah mengesyorkan semua pelajar yang terlibat dalam kes di Pulau Pinang dibuang.

Kenyataan Asyraf berlaku di tengah-tengah kegelisahan orang ramai berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah dan mahasiswa UTM Syamsul Haris Shamsudin di Johor.



Source link