Malaysia Oversight

ASUS Zenbook A16 Dilancarkan Dengan Snapdragon X2 Elite dan Tubuh Ringan

By Amanz in January 7, 2026 – Reading time 1 minute
ASUS Zenbook A16 Dilancarkan Dengan Snapdragon X2 Elite dan Tubuh Ringan


ASUS Zenbook A16 Dilancarkan Dengan Snapdragon X2 Elite dan Tubuh Ringan

January 7, 2026
Asus

Effi Saharudin

Saya menggunakan komputer riba dengan skrin 16″ kerana saya sudah tua mata tidak lagi dapat melihat teks di skrin dengan jelas dan komputer besar mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik. Ia walau bagaimanapun berat tetapi saya gagahkan juga kerana ia keperluan kerja. Di CES 2026 pagi ini, ASUS Zenbook A16 dilancarkan sebagai komputer riba dengan skrin 16″ yang ringan tetapi masih lagi berkuasa.

ASUS Zenbook A16 UX3607QA B

Ia hadir dengan skrin sesentuh 16” 3K OLED, 120Hz dan nisbah 16:10. Ini dipadankan pula dengan pilihan cip Snapdragon X2 Elite Extreme atau Snapdragon X yang dilengkapi GPU Adreno dan NPU 80 TOPS untuk tugasan AI. Memori pula adalah sehingga 48GB LPDDR5X, storan sehingga 2TB PCIe 4.0 x4 NVMe M.2 SSD dan bateri pula 70Wh dengan pengecasan sehingga 130W USB-C.

ASUS Zenbook A16 UX3607QA A

Pilihan I/O ialah 2x USB4, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x HDMI 2.1 (TMDS), 1x bicu audio 3.5 mm dan 1x pembaca kad SD. Terdapat juga kamera 1080p 3DNR IR dengan Windows Hello, WiFi 7 dan enam speaker dengan Dolby Atmos.

Zenbook A16 diperbuat daripada bahan Ceraluminum yang ringan tetapi masih tahan lasak. Hasilnya komputer riba yang besar ini hanya seberat 1.2 kilogram. Ia lebih ringan berbanding MacBook Air M5 (1.24 kg) dan MacBook Air 15 M4 (1.51 kg). Harga jualan ASUS Zenbook A16 (UX3607OA) dan ASUS Zenbook A16 (UX3607QA) belum lagi diumumkan.



Source link