Malaysia Oversight

ASUS ROG Xbox Ally dan Ally X Mula Dijual Pada Harga Bermula Sekitar RM 2500 Sebuah

By Amanz in September 26, 2025 – Reading time 1 minute
ASUS ROG Xbox Ally dan Ally X Mula Dijual Pada Harga Bermula Sekitar RM 2500 Sebuah


ASUS Malaysia akan melancarkan ASUS ROG Xbox Ally dan Ally X tempatan pada 3 Oktober ini. Harga jualan masih laih sebuah misteri tetapi di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, UK dan Australia pratempahan telah dibuka. ASUS ROG Xbox Ally dijual pada harga $599 (~RM 2533)manakala ROG Xbox Ally pila pada harga $999 (~RM 4217) sebuah.

ASUS ROG Xbox Ally A

ASUS ROG Xbox Ally dilengkapi skrin 7″ FHD 120Hz dengan sokongan FreeSync Premium, dijana cip AMD Ryzen Z2 A, memori 16GB LPDDR5X-6400 RAM, storan 512GB M.2 2280 SSD dan bateri 60Wh. Terdapat 2x USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DisplayPort 2.1, pembaca kad UHS-II microSD dan satu bicu audio 3.5mm. Storan SSD boleh digantikan sendiri oleh pengguna.

ASUS ROG Xbox Ally X A

ASUS ROG Xbox Ally X pula dilengkapi skrin 7″ FHD 120Hz dengan sokongan FreeSync Premium, dijana cip AMD Ryzen AI Z2 Extreme, memori 24GB LPDDR5X-8000   RAM, storan 1TB M.2 2280 SSD dan bateri 80Wh. Terdapat 1x USB-Thunderbolt 4, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DP 2.1, pembaca kad UHS-II microSD dan satu bicu audio 3.5mm. Storan SSD juga boleh digantikan sendiri oleh pengguna.



Source link