Malaysia Oversight

ASUS ProArt P16 Dikemaskini Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 – Berharga RM12999 Di Pasaran Malaysia

By Amanz in September 12, 2025 – Reading time 2 minute
ASUS ProArt P16 Dikemaskini Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 – Berharga RM12999 Di Pasaran Malaysia


ASUS ProArt P16 Dikemaskini Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 – Berharga RM12999 Di Pasaran Malaysia

September 12, 2025
Asus

Nazrin

ASUS ialah sebuah jenama teknologi komputer yang dikenali untuk pelbagai penawaran komputer dan peranti gaming dan produktiviti kelas premium mereka. ASUS ProArt merupakan sebuah sub-jenama yang diperkenalkan untuk mereka di dalam industri kreatif atau penciptaan kandungan dan mahukan peranti, aksesori dan komponen yang bukan sahaja lebih elegan, tetapi juga berprestasi hebat.

Dengan pelancaran pelbagai komputer riba kelas gaming premium yang diperlihatkan kebelakangan ini, tiba giliran komputer riba ASUS ProArt P16 pula untuk memperlihatkan kemaskini komponen baru, khususnya penawaran kad grafik.

image 47

ASUS ProArt P16 hadir dengan paparan skrin OLED 16 inci dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 120Hz dengan nilai kecerahan 1600 nit untuk tujuan olahan dan suntingan kandungan HDR. Ia juga hadir dengan nisbah paparan 16:10 untuk memberinya rekaan yang lebih meninggi.

image 48

Komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen AI 9 HX 370 dengan sokongan memori LPDDR5 sebanyak 64GB dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 4TB untuk membolehkan pengguna bukan sahaja memasang sebanyak mana perisian yang diperlukan, tetapi juga untuk menyimpan sebanyak mana data yang mungkin untuk tujuan kerja mereka.

image 49

Dari segi kad grafik pula, ASUS ProArt P16 dilengkapi dengan pilihan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090, tetapi untuk pasaran Malaysia, kami telah melihat bahawa ia dilengkapi dengan pilihan NVIDIA GeForce RTX 5070 sahaja.

image 50

Dalam pada itu, ia juga dilengkapi dengan palam USB4 Type-C yang terbaru, palam USB 3.2 Type-C dan Type-A, bersama-sama HDMI 2.1 dan pembaca kad SD Express 7.0, bersama-sama sokongan untuk sambungan nirwayar WiFi 7 dan Bluetooth 5.4.

image 51

Komputer riba ASUS ProArt P16 yang dikemaskini ini nampaknya sudahpun disenaraikan untuk pasaran tempatan pada harga RM12,999, tetapi buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan mula dijual. Melihat kepada kenyataan media yang dikeluarkan untuk pasaran Amerika Syarikat pula, ia akan diperkenalkan sekitar bulan Oktober ini, jadi mungkin pelancarannya juga tidak lama lagi untuk Malaysia.

Kami telah bertanyakan kepada pihak ASUS Malaysia berkenaan perkara ini, dan akan mengemaskini artikel ini dengan butiran berkenaan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link