
ASUS Akan Memperkenalkan Siri Komputer Riba Yang Dikuasakan Cip Intel Panther Lake Di CES 2026
Nazrin
Seperti yang sedia maklum, Intel akan memperkenalkan siri cip komputer riba Intel Core 300 Panther Lake sewaktu acara CES 2026 yang akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat pada awal bulan Januari hadapan.
Tidak lama selepas acara pelancaran tersebut, ia dilaporkan bahawa ASUS juga akan memperkenalkan sejumlah penawaran komputer riba yang dikuasakan oleh siri cip pemprosesan ini di acara tersebut.
Tidak mengejutkan bahawa imej promosi acara yang diperlihatkan menggunakan nama “AI” yang ditakrifkan sebagai “Always Incredible” tetapi mungkin lebih tepat untuk mengatakan bahawa komputer-komputer riba ini akan hadir dengan kuasa pemprosesan Artificial Intelligence” yang lebih hebat apabila dibandingkan dengan penawaran komputer riba Intel Lunar Lake dan Intel Alder Lake sebelum ini.
Jangkaan kami ialah ASUS akan memperlihatkan siri komputer riba seperti ASUS Zenbook dan ASUS Vivobook, siri komputer riba yang lebih memfokuskan kepada produktiviti di rumah, sekolah dan pejabat berbanding dengan penawaran gaming yang lebih lazim diperlihatkan pada siri ROG ataupun TUF.
Tetapi cip pemprosesan Intel Panther Lake kali ini hadir dengan penawaran penuh, tidak seperti Lunar Lake yang hanya digunakan pada komputer nipis dan ringan sahaja, jadi penawaran komputer riba yang lebih berkuasa mungkin akan diperlihatkan di acara tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






