Astro Perkenalkan Saluran Khas SCREAM Dengan Kandungan Seram – Percuma Sepanjang Mei 2025
April 29, 2025
•
Amy Maizuraa
Astro telah memperkenalkan saluran khas SCREAM (CH 100), yang menawarkan pelbagai kandungan seram dan thriller. Saluran ini boleh diakses secara percuma bermula dari 1 hingga 31 Mei 2025, dan pelanggan boleh menikmati akses tanpa caj tambahan melalui TV, On Demand, serta aplikasi Astro GO.

Sepanjang bulan tersebut, lebih daripada 160 cerita seram tersedia untuk ditonton dalam lapan bahasa berbeza, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Cina, Tamil, Hindi, Korea, Indonesia, dan Thai. Antara tarikan utama adalah dua tayangan perdana untuk Kingston (2025) dan The Door (2025) yang pasti akan menambah lagi keseronokan untuk menonton.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.