Malaysia Oversight

Asrama pelajar SMK Tinggi Setapak terbakar

By Utusan in April 28, 2025 – Reading time 1 minute
Asrama pelajar SMK Tinggi Setapak terbakar


PETALING JAYA: Operasi pemadaman kebakaran melibatkan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Jalan Ayer Jerneh, Kuala Lumpur masih berjalan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam tadi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pasukannya digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Usaha memadamkan kebakaran sedang giat dijalankan,” katanya. – UTUSAN





Source link