Malaysia Oversight

Asia perlu teraju orde ekonomi dunia baharu, tulis semula lembaran agenda sendiri

By TheSun in September 1, 2025 – Reading time 1 minute
Asia perlu teraju orde ekonomi dunia baharu, tulis semula lembaran agenda sendiri


TIANJIN: Asia perlu menerajui era orde ekonomi global seterusnya dengan menulis semula lembaran agenda sendiri dan pada masa sama menentukan hala tuju masa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim ketika menekankan perkara itu berkata kalangan negara Asia perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan lembaran seterusnya turut ditentukan juga oleh Asia.

Beliau berkata landskap ekonomi global masa kini yang dipenuhi dengan gangguan berterusan dan kebimbangan serta pemecahan yang semakin ketara seharusnya dijadikan peluang untuk memperkukuh kerjasama antara negara.

, yang juga Menteri Kewangan, berkata tugas Asia adalah untuk memastikan gangguan yang berlaku pada masa kini menjadi permulaan kepada perpaduan yang lebih adil — bukan sebagai mukadimah kepada perpecahan yang lebih parah.

“Asia merupakan enjin pertumbuhan global, tempat bagi majoriti anak muda dunia, dan pusat bagi kebanyakan teknologi yang paling dinamik.

“Kita bukan sekadar objek dalam strategi pihak lain. Kita ialah penentu kepada takdir kita sendiri,” kata beliau ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin di sini, pada Isnin – BERNAMA



Source link