Ashran Ghazi Kini Dilantik Sebagai CEO Untuk MRANTI
Aman
Ashran Ghazi sedia mempunyai pengalaman dalam membangunkan ekosistem inovasi tempatan ketika menerajui MAGIC beberapa tahun yang lepas. Kini, selepas meninggalkan arena pembangunan ekosistem untuk beberapa tahun, Ashran Ghazi dilantik untuk menerajui MRANTI (Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation) sebagai CEO baharu.

Ashran Ghazi pernah mengasaskan syarikat sendiri dinamakan Joota, sebelum beralih menerajui New Entrepreneurs Foundation dan Magic. Selepas meninggalkan MaGIC, Ashran menjadi CEO di Dattel Asia yang memfokuskan kepada analitikal data raya.
Dengan jawatan CEO MRANTI ini, Ashran akan ditugaskan untuk menerajui firma berkenaan dalam terus memacu inovasi teknologi di Malaysia, selain membangunkan idea menjadi realiti yang memberikan impak kepada komuniti dan industri.
Dengan lantikan ini, sama-sama kita nantikan apakah pembaharuan yang akan dibawa oleh Ashran pda 2026 ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






