Malaysia Oversight

ASEAN, China kukuh hubungan dagangan melalui FTA Versi 3.0

By Utusan in October 26, 2025 – Reading time 2 minute
ASEAN, China kukuh hubungan dagangan melalui FTA Versi 3.0


KUALA LUMPUR: ASEAN dan terus memperkukuh hubungan dagangan dua hala apabila kedua-dua pihak bersetuju menilai semula dan menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kepada Versi 3.0.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kekal sebagai rakan dagang terbesar ASEAN selama beberapa tahun, manakala ASEAN kini juga menjadi rakan dagang utama

“Keadaan ini menandakan kepentingan hubungan ekonomi dua hala yang semakin mendalam antara kedua-dua pihak.

“Naik taraf FTA 3.0 ini memberi tumpuan kepada bidang baharu seperti ekonomi digital, kemampanan, serta penambahbaikan birokrasi dan piawaian perdagangan. 

“Ia juga merangkumi langkah untuk memperkukuh penglibatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar sektor ini dapat turut serta secara lebih inklusif dalam rantaian perdagangan serantau,” katanya kepada pemberita dalam sidang media perjanjian timbal balik tarif Malaysia – AS sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. 

Selain itu, jelasnya, ASEAN dan China turut berusaha mengurangkan halangan bukan tarif bagi memudahkan aliran dagangan rentas sempadan.

“Secara keseluruhannya, FTA Versi 3.0 dijangka menjadi pemangkin baharu bagi mempertingkat kerjasama ekonomi dan memperluas peluang perdagangan antara ASEAN dan China,” katanya.

FTA merujuk kepada perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani antara negara-negara ASEAN sendiri dan juga antara ASEAN dengan rakan luar, seperti China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India.-UTUSAN





Source link