Manchester United sekali lagi berputih mata apabila tewas 1-0 kepada ASEAN All-Star dalam perlawanan Piala Cabaran Malaysia 2025 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kekalahan ini menambahkan kekecewaan skuad The Red Devils yang masih belum mampu meraih sebarang trofi musim ini.
Jaringan tunggal perlawanan disumbangkan oleh pemain Burma, Maung Maung Lwin pada minit ke-71, sekali gus menjadikannya wira kepada skuad gabungan Asia Tenggara itu.
Kekalahan ini turut menyusuli episod duka United yang sebelum ini tewas kepada Tottenham Hotspurs dalam perlawanan akhir Liga Europa minggu lalu.
[Berita penuh menyusul]