Malaysia Oversight

AS ucap terima kasih pada Anwar atas rundingan gencatan senjata

By MkiniBM in July 29, 2025 – Reading time 2 minute
AS ucap terima kasih pada Anwar atas rundingan gencatan senjata


Amerika Syarikat (AS) memuji Perdana Menteri Ibrahim dalam usaha menjayakan rundingan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja baru-baru ini.

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Ibrahim atas kepimpinannya dan kerana menganjurkan rundingan gencatan senjata.

“Kami menggesa semua pihak untuk mematuhi komitmen mereka,” kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja telah bersetuju dengan gencatan senjata tanpa syarat berkuat kuasa tengah malam semalam, susulan rundingan damai yang diadakan di .

Anwar, sebagai pengerusi Asean, berkata gencatan senjata itu adalah antara persefahaman biasa yang dicapai pada mesyuarat yang dihadiri Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai.

“Perdana Menteri Hun Manet dan pemangku Perdana Menter Phumtham Wechayachai menyatakan pendirian dan kesanggupan mereka untuk gencatan senjata segera dan mengembalikan keadaan kepada normal.

“Presiden AS Donald (juga) telah berhubung dengan pemimpin kedua-dua negara, menggesa para pemimpin mencari penyelesaian secara aman berhubung keadaan itu,” kata Anwar semasa sidang media bersama kedua-dua pemimpin itu.

Sehubungan itu, Rubio berkata dia dan komited untuk menghentikan keganasan serta-merta dan mengharapkan Kemboja dan Thailand untuk menghormati komitmen mereka menamatkan konflik.

“AS akan terus komited dan terlibat dalam proses anjuran AS-Malaysia ini untuk menamatkan konflik ini,” tambahnya.

Semasa sidang media semalam, Manet dan Wechayachai mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan itu.

Manet juga mendakwa bahawa ketegangan antara negara jiran Asean telah menyebabkan kira-kira 300,000 orang kehilangan tempat tinggal – 140,000 dari Kemboja dan 160,000 dari Thailand.

Ketegangan antara dua negara Asia Tenggara itu memuncak sejak 28 Mei, susulan insiden di kawasan Preah Vihear yang meragut nyawa seorang askar Kemboja.



Source link