Malaysia Oversight

AS tetap hormat hak Malaysia tumpu kepentingan ekonomi

By MkiniBM in November 2, 2025 – Reading time 2 minute
AS tetap hormat hak Malaysia tumpu kepentingan ekonomi


AS menghormati hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar luar dan ekonominya sendiri termasuk minat untuk meneroka peluang bersama kumpulan ekonomi BRICS, kata Edgard D Kagan.

Menurut Duta Besarnya AS ke Malaysia itu, Washington peka dengan hasrat Malaysia untuk memperluas peluang perdagangan dan pelaburan di peringkat global.

Bagaimanapun dia menekankan bahawa kemakmuran ekonomi jangka panjang Malaysia masih bergantung kepada integrasi negara ini dalam rantaian bekalan negara-negara Barat seperti hubungan yang diperkukuh melalui pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan AS baru-baru ini.

“AS menghargai pandangan Malaysia mengenai dasar luarnya, dan kami mengakui bahawa Malaysia mempunyai hak kedaulatan untuk melakukan aspek yang terbaik untuk kepentingannya, dan kami memahami perkara yang mendorong minat terhadap BRICS.

“Pada masa sama, Presiden AS (Donald ) menyatakan dengan jelas beberapa isu yang tidak boleh dikompromi dan kesan yang mungkin berlaku sekiranya tidak dipatuhi,” kata Kagan dalam temu bual dengan Bernama.

BRICS adalah kumpulan yang terdiri daripada 11 negara iaitu Brazil, Rusia, India, , Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Ethiopia, Indonesia dan Iran.

Kagan berkata walaupun BRICS mungkin menawarkan beberapa manfaat ekonomi terhad kepada Malaysia dalam keadaan tertentu, ia tidak seharusnya dilihat sebagai bertentangan dengan kerjasama ekonomi negara yang semakin mendalam dengan AS.

“Saya tidak melihatnya sebagai zero-sum (satu pihak untung, pihak lain rugi). Malaysia boleh mempertimbangkan kemungkinan bahawa terdapat manfaat ekonomi dalam beberapa keadaan apabila terlibat dalam BRICS, dan pada masa yang sama, mengukuhkan lagi hubungan ekonomi yang telah sedia mantap dengan AS,” katanya.

Menurut Kagan “integrasi mendalam Malaysia dalam rantaian bekalan Barat,” terutama dalam sektor seperti semikonduktor, teknologi hijau dan pembuatan termaju adalah penting kepada daya tahan ekonomi dan daya saing global negara ini.

“Integrasi ini telah diperkukuhkan dengan ART,” katanya.

Kagan menegaskan AS kekal komited untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala dengan Malaysia dan memastikan keyakinan pelabur yang berterusan.

“Presiden gembira semasa berada di Malaysia.

“Dia gembira kerana berpeluang untuk melihat sendiri Malaysia, dan dengan hubungan yang terjalin dengan Perdana Menteri Ibrahim, kita dapat bekerjasama dengan baik,” katanya.

Bernama



Source link