Malaysia Oversight

ARMADA Melaka cabar Pemuda UMNO, keluar kerajaan bermula di negeri

By Utusan in December 24, 2025 – Reading time 2 minute
ARMADA Melaka cabar Pemuda UMNO, keluar kerajaan bermula di negeri


PETALING JAYA: Ketua Pemuda dicabar memulakan langkah keluar daripada Persekutuan terlebih dahulu di peringkat Melaka sebelum terus mendesak mengambil pendirian sama di peringkat pusat.

Ketua ARMADA Bersatu Negeri Melaka, Jefri Safry berkata, penegasan itu dibuat secara tegas terhadap Datuk Dr. Akmal Salleh sebagai isyarat terhadap Barisan Nasional () bahawa pendirian berkenaan bukan sekadar retorik politik, sebaliknya disertai tindakan berprinsip dan berani.

Katanya, antara langkah yang dicadangkan adalah menyingkirkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri () DAP daripada jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) dan Timbalan EXCO Negeri Melaka.

“Isu ugutan untuk keluar daripada kerajaan telah berulang kali dimainkan sebelum ini, namun sehingga hari ini masih gagal dilaksanakan.

“Keadaan ini sekali gus memberi gambaran bahawa ia sekadar cakap-cakap politik tanpa tindakan, umpama perbualan di kedai kopi yang tidak membawa sebarang kesan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara lain cadangan tersebut, mengeluarkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) daripada sebarang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Melaka.

Mengulas lanjut, katanya, bersuara tanpa tindakan tidak membawa sebarang manfaat.

“Rakyat menilai keberanian dan keikhlasan melalui tindakan, bukan slogan atau ugutan semata-mata,” katanya.

Berikutan itu, Jefri mendesak Ketua Pemuda supaya melaksanakan perkara tersebut dengan segera, bermula di Negeri Melaka sebagai bukti keberanian dalam pendirian politik.-UTUSAN

 





Source link