Apple Watch SE 3 Dilancarkan Dengan AOD dan Pengesanan Apnea Tidur – Bermula RM 1049
Effi Saharudin
Apple Watch Series SE 3 turut dilancarkan awal pagi tadi dengan turut dilengkapi cip Apple S10, skrin degan Always on Display serta kemampuan mengesan apnea tidur. Model lebih mampu milik ini turut dilengkapi skrin Ion-X baharu dengan ketahanan empat kali ganda berbanding skrin SE 2. Ia ditawarkan dalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm.

Cip Apple S10 digunakan dengan ia dipadankan dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 18 jam dengan sekali caj dalam mod biasa, 32 jam dalam mod kuasa rendah dan pengecasan selama 15 minit sahaja boleh memberikan penggunaan sehingga 8 jam kali ini. Yang membezakan Watch SE 3 degan Watch Series 11 ialah jam tangan ini tiada sensor EKG, sokongan 5G, tidak boleh menyukat kandungan oksigen dalam darah dan tiada ciri mengesan darah tinggi.

Yang disertakan ialah penjejakan tidur Sleep Score, mengesan kitaran haid, pengesanan suhu kulit, Fall Detection, Crash Detection, Emergency SOS, dan Check In. Menerusi watchOS 26, ia turut hadir dengan Workout Buddy yang memberikan pemakai motivasi untuk terus bersenam, Siri pada jam tangan dan juga pelbagai gestur jari serta pergelangan tangan.

Bagi ibu pada pula, ciri Apple Watch For Your Kids boleh digunakan pada Watch SE 3 dengan ia membawakan ciri penjejakan lokasi Find My dan mod kecemasan SOS.

Apple Watch SE 3ditawarkan dalam warna midnight dan starlight. Di Malaysia pratempahan belum dibuka dan tarikh jualan juga belum diumumkan. Harga jam adalah bermula daripada harga di bawah dengan variasi terletak pada pilihan tali jam.
- Appple Watch SE 3 (GPS, 40mm) – RM 1049
- Appple Watch SE 3 (4G, 40mm) – RM 1299
- Appple Watch SE 3 (GPS, 44mm) – RM 1199
- Appple Watch SE 3 (4G, 44mm) – RM 1449
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.