Malaysia Oversight

Apple Vision Pro Dikemaskini Dengan Cip M5 dan Pendakap Kepala Baharu

By Amanz in October 15, 2025 – Reading time 2 minute
Apple Vision Pro Dikemaskini Dengan Cip M5 dan Pendakap Kepala Baharu


Vision Pro Dikemaskini Dengan Cip M5 dan Pendakap Kepala Baharu

October 15, 2025

Effi Saharudin

Vision Pro turut dilancarkan malam ini dengan cip Apple M5 bersama dengan iPad Pro dan MacBook Pro 14 baharu. Dari segi rekaan ia masih lagi sama dengan model yang dilancarkan dua tahun lalu cuma dengan cip M5 yang lebih berkuasa dan sistem operasi visionOS 26.

Apple Vision Pro M5 B

Untuk menyelesaikan isu kurang selesa dipakai kerana berat, Vision Pro baharu hadir dengan pendakap kepala Dual Knit Band yang mengikat di bahagian belakang dan atas kepala. Dengan cip M5 skrin OLED Vision Pro boleh memaparkan 10% lebih banyak pixel dan menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz.

Apple Vision Pro M5 A

Ia dilengkapi 12 kamera, 5 sensor, dan 6 mikrofon bagi menawarkan imej tembus realistik dengan masa pendam 12 milisaat sahaja dibantu oleh cip Apple R1. Apple turut mengatakan terdapat 3000 aplikasi kini direka khusus untuk visionOS. Ini adalah dalam bentuk permua, platform penstriman, aplikasi produktiviti dan juga kandungan hiburan imersif dengan audio spatial.

Seperti model generasi pertama ia boleh digunakan dalam mod maya, mod tembus dan digabungkan bersama sebuah komputer macOS untuk pengalaman bekerja dalam dunia realiti gabungan. Walaupun boleh dikawal dengan tangan, ia menyokong alat kawalan Sony PlayStation DualSense dan juga PlayStation VR2 Sense.

Apple Vision Pro M5 C Dual Weave

Apple Vision Pro dengan cip M5 akan dijual pada 22 Oktober pada harga bermula $3499(~RM 11,425) sebuah dengan pilihan storan 256GB, 512GB dan 1TB. Pada waktu ini ia hanya boleh dibeli di Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, UAE, UK, , Singapura dan Amerika Syarikat.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link