Apple Perkenal Cip M5 Dengan 4x Prestasi Perkomputeran GPU Untuk AI Berbanding M4
Aman
Apple hari ini secara rasminya memperkenalkan cip pemprosesan Apple M5, yang mana dikatakan menawarkan prestasi yang jauh lebih baik berbanding Apple M4 pada tahun lepas. Apple M5 dibangunkan dengan binaan 3-nanometer, dan turut hadir dengan senibina GPU 10-teras yang baharu dengan mengintegrasikan Neural Accelerator pada setiap teras.
Dengan cip ini, ia sekaligus menawarkan bukan sahaja sokongan grafik lebih baik, tetapi juga beroperasi lebih pantas untuk tugasan berasaskan kecerdasan buatan. Mengikut perbandingan Apple, M5 menawarkan pretasi grafik 45% lebih baik berbanding M4.

Apple M5 membawakan CPU 10-teras yang mengabungkan empat teras prestasi dan enam teras efisien. Ia juga turut hadir dengan sokongan memori sehingga 32GB RAM, serta Unified Memory Bandwidth sehingga 153GB/s.
Bersama-sama pengenalan cip ini, ia turut diumumkan yang cip Apple M5 ini akan ditawarkan bersama-sama dengan MacBook Pro 14-inci yang baharu, iPad Pro baharu dan juga kemaskini untuk Apple Vision Pro.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






