Apple Menjadualkan Pelancaran iPhone Baharu Pada 10 September 2025
Aman
Apple hari ini telah mula menghantar jemputan untuk acara tahunan mereka yang dijadualkan pada 10 September 2025, pukul 1 pagi. Apple dijangka memperkenalkan sejumlah peranti baharu pada acara berkenaan.

Antara yang akan mencuri perhatian adalah siri iPhone 17 baharu, terutamanya model iPhone 17 Air yang bakal menggantikan siri iPhone Plus sebelum ini. iPhone 17 Air dijangka hadir dengan rekaan nipis, dan menjadi taruhan Apple untuk membuatkan model berkenaan menerima permintaan yang tinggi.
Pengenalan siri ini juga dijangka ditemani dengan jam tangan pintar baharu, selain sejumlah kemaskini perisian, termasuk iOS, iPadOS dan juga watchOS.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 10 September 2025 ini, untuk melihat kejutan apakah yang disediakan oleh Apple.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.