Apple Menguji Teknik Aluminium Cetakan 3D Untuk iPhone dan Apple Watch
Effi Saharudin
Teknik cetakan 3D digunakan pada kerangka titanium Apple Watch Ultra. Penggunaan cetakan 3D akan mengurangkan pembaziran selari dengan sasaran Apple menjadi syarikat yang lebih lestari kerana pengilangan yang lebih mampan. Bloomberg hari ini melaporkan Apple sedang menguji pula menghasilkan kerangka aluminium iPhone dan Apple Watch menggunakan cetakan 3D.

Alumium ialah logam yang mencabar untuk digunakan dalam cetakan 3D. Ia memantulkan sinaran laser , teroksida dan memerlukan ruang cetakan dengan gas nadir untuk hasil yang baik. Tetapi Apple percaya cetakan 3D adalah lebih mampan jika dibandingkan dengan mesin CNC yang digunakan pada MacBook dan tuangan yang digunakan sekarang.
Pada peringkat awal kerangka aluminium cetakan 3D akan dibangunkan untuk Apple Watch terlebih dahulu kerana pengalaman titanium cetakan 3D untuk Watch Ultra. Kemudian barulah ia dibangunkan untuk iPhone yang memerlukan kerangka bersaiz lebih besar.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






