Malaysia Oversight

Apple Menghadiahkan Arca Yang Diperbuat Daripada Emas Dan Kaca Gorilla Glass Untuk Donald Trump

By Amanz in August 7, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Menghadiahkan Arca Yang Diperbuat Daripada Emas Dan Kaca Gorilla Glass Untuk Donald Trump


Setelah mengenakan tarif mengejut keatas India, mungkin kerana , jenama teknologi paling popular di Amerika Syarikat menggunakan negara tersebut sebagai lokasi untuk mengilangkan peranti mereka, Tim Cook, CEO telah ke White House untuk berbincang dengan Presiden Amerika Syarikat Donald tentang cara terbaik untuk memulakan proses pembuatan sepenuhnya di Amerika Syarikat.

Perjumpaan terbaru ini diilhat cukup menarik kerana Tim Cook juga telah menghadiahkan Donald dengan sebuah arca yang diperbuat daripada gabungan emas 24 karat dan kaca Corningware Gorilla Glass.

image 16

Kaca tersebut, yang berbentuk bulat hadir dengan nama Donald dan logo yang diukir kedalam kaca tersebut, bersama-sama dengan tandatangan dan nama Tim Cook sebagai CEO Apple. Beliau mengatakan bahawa arca tersebut, khususnya bahagian kaca direka oleh seorang bekas korporal US Marine Corps yang kini sedang bekerja di Apple, dan dihasilkan di kilang Corning di Kentucky. Tapak emas arca tersebut pula datang khusus dari Utah.

Perbuatan Tim Cook dilihat menarik kerana Amerika Syarikat baru sahaja mengumumkan kenaikan tarif untuk produk-produk yang diimport dari India ke negara tersebut, dan Apple mengesahkan bahawa pengeluaran tahun ini untuk pasaran Amerika Syarikat akan dihasilkan di India.

The Verge



Source link