
Apple Memberikan Tampalan Sekuriti Untuk Peranti Lama Seperti iPhone 6s dan iPad Air 2
Effi Saharudin
Antara risiko menggunakan peranti lama ialah tiada lagi sokongan tampalan sekuriti yang menyebabkan ia tidak lagi selamat untuk digunakan. Jika anda pengguna peranti lama Apple, anda bernasib baik kerana minggu ini mereka memberikan kemas kini iOS 15.8.7 dan iPadOS 15.8.7 yang menampal kerentanan sekuriti Coruna yang ditemukan Google dan iVerify minggu lalu.
Coruna adalah kumpulan 28 kerentanan sekuriti yang dikesan dalam sistem operasi iOS 13 hingga iOS 17.2.1. Kemas kini yang diberikan Apple menampal kesemua kerentanan pada tahap kernel dan WebKit yang dikesan. Senarai peranti yang menerima kemas kini iOS 15.8.7 dan iPadOS 15.8.7 adalah seperti di bawah. Peranti paling lama dalam senarai ini ialah iPod Touch gen 4 yang dilancarkan pada tahun 2010.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






