Apple Hadir Dengan Tali Gantung Untuk iPhone, Yang Dipakai Di Badan – Berharga RM299
Aman
Apple sering kali memperkenalkan beberapa aksesori baharu bersama pengenalan telefon pintar mereka. Untuk tahun ini, bersama dengan pengenalan iPhone baharu, Apple turut memperkenalkan sebuah tali yang dipakai di badan untuk menggantung iPhone, yang disenaraikan sebagai Crossbody Strap.
Melaluinya, ia hadir dengan tali sepanjang 208 sentimeter yang boleh dipasang pada kerangka Apple untuk siri iPhone 17 dan iPhone Air. Ia seterusnya dipakai dibadan, sekaligus memudahkan anda membawa iPhone, dan memastikan iPhone tidak terjatuh ketika sedang digunakan.

Crossbody Strap ini ditawarkan pada harga RM299 di Malaysia, dan untuk menggunakannya anda perlu turut mendapatkan kerangka khusus iPhone baharu yang diperkenalkan bersama, yang menyertakan ruangan dibawah untuk memasang tali berkenaan.
Dengan pengenalan ini, adakah kita akan melihat lebih banyak aksesori lebih kurang sama untuk peranti lain diperkenalkan oleh pihak lain? Apa kata anda berkenaan aksesori ini?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.