Malaysia Oversight

Apple Disaman Penulis Disebabkan “Cetak Rompak” Buku Dalam Melatih Model AI

By Amanz in September 8, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Disaman Penulis Disebabkan “Cetak Rompak” Buku Dalam Melatih Model AI



buku 1

Disaman Penulis Disebabkan “Cetak Rompak” Buku Dalam Melatih Model AI

September 8, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Sebuah saman baharu telah difailkan di Amerika Syarikat oleh penulis, mengatakan telah menggunakan buku yang ditulis dan dikarang oleh mereka, untuk tujuan latihan model kecerdasan buatan. Perkara ini dilakukan tanpa kebenaran atau pelesenan, sekaligus membuatkan latihan model berkenaan dilakukan secara haram oleh Apple.

Apple dikatakan menggunakan set data dinamakan Books3 yang menyertakan sejumlah data buku secara haram, tanpa kebenaran pihak penulis atau penerbit. Apple didapati menggunakan set data berkenaan dalam melatih model OpenELM mereka.

Apple sebelum ini telah menerbitkan model OpenELM pada Hugging Face secara terbuka, membolehkan orang ramai menyemak kod sumber, selain turut memperlihatkan set data yang digunakan olehnya.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pemfailan saman. Tidak diketahui lagi bilakah dan apakah proses akhir perbicaraannya kelak. Baru-baru ini, Anthropic telah menyelesaikan kes saman dengan bersetuju membayar $1.5 bilion kepada para penulis, memperlihatkan nilai pampasan sekitar $3000 untuk 500,000 penulis yang telah dicetak rompak untuk tujuan latihan model AI.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link