Malaysia Oversight

Apple Dilaporkan Tiada Perancangan Melancarkan Mac Pro Baharu

By Amanz in November 17, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Dilaporkan Tiada Perancangan Melancarkan Mac Pro Baharu


Dilaporkan Tiada Perancangan Melancarkan Mac Pro Baharu

November 17, 2025

Effi Saharudin

Kali terakhir Mac Pro dikemaskini ialah pada bulan Jun 2023. Sudah lebih dua tahun tiada penawaran baharu untuk Mac paling berkuasa ditawarkan oleh . Dalam laporan terkini Mark Gurman di Bloomberg, beliau mengatakan Apple tidak mempunyai perancangan menawarkan Mac Pro baharu dalam masa terdekat.

Dune Pro Casing PC Mac Pro

Sebaliknya tumpuan diberikan kepada Mac Studio sahaja sebagai penawaran komputer desktop mercu mereka selepas ini. Apabila dilancarkan kelak, model baharu Mac Studio akan dilengkapi cip Apple M5 Ultra.

Perubahan penggunaan Mac dalam kalangan pengguna dilihat menjadi faktor mengapa tumpuan diberikan kepada Mac Studio sahaja selepas ini. Saiznya yang kompak membolehkan ia diletakkan di atas meja tetapi pada waktu yang sama menawarkan prestasi lebih baik berbanding Mac Pro dengan kerangka lebih besar.

Mac Pro menjadi pilihan suatu ketika dahulu kerana pengguna mahu menaik taraf RAM, SSD dan GPU. Tetapi dengan cip siri M, kesemua komponen ini (kecuali SSD) terbina terus dalam sebuah cip membuatkan Mac Pro tidak lagi begitu diperlukan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link