Apple Dilaporkan Pertimbang Untuk Naikkan Harga iPhone 17 Akan Datang
May 12, 2025
•
Aman
Apple kini dilaporkan sedang pertimbangkan untuk meningkatkan lagi harga jualan untuk siri iPhone 17 yang bakal diperkenalkan sekitar September 2025 kelak. Perkara ini dikatakan masih pada peringkat pertimbangan awal oleh Apple.

Ia dikatakan Apple kini dalam usaha mengawal kos pembangunan dan pengeluaran iPhone mereka, memandangkan Amerika Syarikat dan China melalui perang tarif. Apple sendiri telah mula memindahkan pengeluaran mereka ke India secara berperingkat dalam mengurangkan kesan tarif kepada produk mereka.
Walaubagaimanapun, India dikatakan masih belum berupaya mengeluarkan siri iPhone Pro disebabkan kekurangan infrastruktur dan sokongan teknikal. Ini akan memerlukan Apple masih bergantung kepada China buat masa ini.
Apple dijangka hadir dengan empat model iPhone 17 pada tahun ini, menyertakan satu model bersaiz nipis, dinamakan iPhone 17 Air.
Apple sendiri sebelum ini telah mengatakan akan tanggung kos sekitar $900 juta diisebabkan oleh tarif ini.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.