Malaysia Oversight

Apple Dilaporkan Pertimbang Membeli Perplexity Dan Mistral AI

By Amanz in August 26, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Mengatakan Integrasi ChatGPT Pada Apple Intelligence Akan Guna GPT-5 Bermula iOS26


Dilaporkan Pertimbang Membeli Perplexity Dan Mistral AI

August 26, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

sedia dilihat ramai agak ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan berbanding syarikat teknologi lain. Apatah lagi dengan beberapa ahli pasukan Apple telah menyertai syarikat lain, dan Apple sendiri menghadapi cabaran dalam memperkenalkan sejumlah ciri yang telah dijanjikan.

Dalam usaha untuk menguatkan kembali penawaran mereka, Tim Cook sebelum ini sedia menyatakan terbuka untuk mengambil-alih syarikat lain. Selari dengannya, kini hadir laporan mengatakan Apple pertimbang untuk mengambil-alih firma kecerdasan popular.

Ulasan iPhone 16 Amanz 02

Dua nama yang disebut adalah Perplexity, iaitu sebuah firma kecerdasan buatan yang memfokuskan kepada sokongan carian, selain turut menawarkan pelayar web khusus diintegrasikan kecerdasan buatan. Disamping itu, satu lagi nama yang disebut adalah Mistral yang berpusat di Eropah.

Kedua-dua pihak tidak mengeluarkan komen berkaitan perkara ini. Apple sedia mempunyai dana yang banyak yang boleh menyokong pengambil-alihan syarikat lain. Namun, beberapa perkara perlu dipertimbangkan, termasuk integrasi dengan syarikat, selain adakah selari dengan misi dan visi Apple sendiri.

Laporan sama turut mengatakan terdapat pasukan dalam Apple yang percaya boleh bangunkan penawaran kecerdasan buatan tersendiri, dan tidak perlu bergantung kepada pengambil-alihan syarikat lain.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link