Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran iPhone Air Kerana Kurangnya Permintaan
Effi Saharudin
Apple mengurangkan pengeluaran iPhone Air hanya beberapa bulan selepas dilancarkan kerana permintaan yang lebih rendah daripada yang dijangka menurut laporan Nikkei Asia. Sebelum ini dalam sebuah laporan lain, Apple dikatakan mengurangkan pengeluaran iPhone Air sebanyak 1 juta unit atas sebab yang sama.

Sungguhpun begitu, permintaan untuk sir iPhone 17 adalah 14% lebih tinggi berbanding iPhone 16. Pengeluaran iPhone 17 dan iPhone 17 Pro telah dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max mencatatkan jualan tertinggi berbanding model lain.
Model tahun ini menerima sambutan hangat kerana perubahan rekaan tubuh yang ketara berbanding tahun lalu. Jualan masih lagi baik walaupun dari sudut perisian, ciri AI pada iPhone tahun ini tidak menawarkan peningkatan yang ketara.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






