Malaysia Oversight

Apple Dilaporkan Menguji Google Gemini Untuk Ciri AI Peranti Mereka

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 2 minute
Apple Dilaporkan Menguji Google Gemini Untuk  Ciri AI Peranti Mereka


Dilaporkan Menguji Google Gemini Untuk Ciri AI Peranti Mereka

September 4, 2025
Google

Effi Saharudin

Semasa diumumkan lebih setahun lalu, Intelligence menjanjikan pengalaman penggunaan Siri yang lebih pintar, pengecaman objek lebih jitu dan semuanya dilakukan tanpa mendatangkan risiko kepada privasi data pengguna. Tetapi isu pergolakan dalaman dan kehilangan penyelidik kepada pesaing membuatkan ciri yang dijanjikan hanya akan mula ditawarkan awal tahun 2026.

Dalam laporan terkini Bloomberg pagi ini, Apple dikatakan akan mula menguji model kecerdasan buatan (AI) Google Gemini untuk menguasakan beberapa ciri pada peranti mereka. Gemini dipercayai akan menguasakan ciri “World Knowledge Answers” dengan ia akan memberikan maklumat dan ringkasan janaan AI untuk carian dilakukan pengguna. Ini akan ditawarkan dalam bentuk teks, gambar, video dan juga lokasi dalam peta. Ciri ini sudahpun ditawarkan pada peranti Android sejak tahun lalu menerusi Gemini Live.

Apple Google Gemini

Pada waktu yang sama Apple masih akan menggunakan model sendiri untuk ciri Siri yang memerlukan data pengguna diakses. Mereka juga masih mempertimbangkan model Anthropic Claude dan Gemini untuk menguasakan ciri perancangan dalam Siri.

Sebagai pengguna Android dan Gemini Live setiap hari, saya merasakan implementasi Google adalah sangat berguna – khususnya Circle to Search – pada waktu yang sama beroperasi dengan pantas. Ini amat berbeza dengan Visual Intelligence di iOS 26 yang perlahan dan tidak mesra pengguna.

Sementara itu integrasi ChatGPT dalam siri sejak setahun lalu masih sekadar melepaskan batuk di tangga sehingga saya tidak pernah bertemu pemilik yang mengaku menggunakannya setiap hari.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link