Apple Dijangka Perkenal Skrin OLED Pada MacBook Air, iPad Air Dan iPad Mini
Aman
Apple kini dikatakan sedang menguji penggunaan skrin OLED pada MacBook Air, iPad Air dan juga iPad Mini. Kemaskini ini dijangka akan hadir dalam setahun ke tiga tahun lagi, dan bukan dalam masa terdekat. Bloomberg menyasarkan kemaskini MacBook Air dengan panel OLED mungkin hadir sekitar 2028 kelak.

Dengan penggunaan teknologi OLED, ia akan menawarkan paparan yang lebih jelas, disamping pengoptimasian pada penggunaan tenaga. Buat masa ini, panel OLED hanya digunakan pada iPhone, iPad Pro dan juga Apple Watch. Penawaran pada iPad Mini juga sesuatu yang dinantikan ramai sebelum ini.
Selain ketiga-tiga peranti ini, Apple juga dijangka memperkenalkan MacBook Pro dengan panel OLED sekitar 2027 kelak. Bersama-sama kemaskini pada panel dan juga cip pemprosesan baharu, Apple mungkin turut menawarkan pembaharuan pada rekabentuk keseluruhan komputer riba mereka.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pembaharuan penggunaan panel pada komputer riba dan tablet dalam setahun dua ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






