
Apple Dijangka Perkenal Pengiklanan Pada Apple Maps Seawal 2026
Aman
Apple kini dilaporkan sedang pertimbangkan membawa sokongan pengiklanan pada perkhidmatan pemetaan mereka Apple Maps, seawal 2026 kelak. Melaluinya, ia akan membolehkan perniagaan membayar pihak Apple dalam mendapatkan paparan yang lebih baik pada Apple Maps berbanding pesaing atau penyenaraian lain.
Penawaran ini dijangka beroperasi lebih kurang seperti mana pengiklanan berfungsi pada Apple App Store, dimana pembangun aplikasi boleh membayar untuk mendapatkan kedudukan lebih baik pada penyenaraian aplikasi.
Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penerimaan pengguna dari segi integrasi pengiklanan pada aplikasi Apple Maps kelak. Pada masa yang sama, buat masa ini, penggunaan Apple Maps di Malaysia masih rendah, dan ramai yang bergantung kepada Google Maps dalam mendapatkan informasi berkaitan sesuatu lokasi, selain turut melakukan carian melalui aplikasi dan perkhidmatan media sosial.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






