Apple Dijangka Perkenal Kemaskini Vision Pro Seawal Tahun Ini
July 10, 2025
•
Aman
Apple sedia memperkenalkan set kepala mereka secara terhad di beberapa buah negara, iaitu Apple Vision Pro. Reaksi awal para pengguna adalah berbeza, dimana ada yang menyukainya, dan ada yang sebaliknya disebabkan oleh kurangnya penggunaan dan aplikasi untuknya.

Terbaru, Bloomberg melaporkan Apple sedang merancang untuk memperkenalkan kemaskini untuk Apple Vision Pro seawal tahun ini. Ia dijangka hadir dengan kemaskini cip Apple M4, selain turut menggunakan rekaan tali yang berbeza untuk mengurangkan sakit kepala dan leher ketika menggunakannya.
Dengan penggunaan cip lebih berkuasa, ia juga mungkin mengintegrasikan beberapa ciri kecerdasan buatan bersama dengannya – atau bersedia untuk menyokongnya apabila Apple hadir dengan penawaran mereka tersendiri.
Ia tidak diketahui lagi sama ada Apple Vision Pro baharu ini akan dipasarkan dengan lebih meluas atau sebaliknya. Buat masa ini, Apple Vision Pro masih belum ditawarkan untuk pengguna Malaysia.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.