Malaysia Oversight

Apple Akan Tambah Lebih Banyak Paparan Iklan Pada Carian Di AppStore

By Amanz in December 18, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Akan Tambah Lebih Banyak Paparan Iklan Pada Carian Di AppStore



AppStore

Akan Tambah Lebih Banyak Paparan Iklan Pada Carian Di AppStore

December 18, 2025

Aman

hari ini mengumumkan mereka akan menambah lebih banyak peluang pengiklanan pada App Store menjelang 2026, sekaligus memberikan petanda lebih banyak iklan akan dipaparkan pada hasil carian dan pelbagai halaman lain di Apple App Store.

Seperti ramai sedia maklum, App Store menjadi pusat sehenti untuk pengguna Apple mendapatkan aplikasi dan perisian – tidak kira untuk macOS, iOS mahupun iPadOS. Menurut Apple, sekitar 800 juta orang mengunjungi App Store setiap minggu, dan semestinya ramai bersaing antara satu sama lain untuk mengetengahkan aplikasi masing-masing.

Apple sedia menjana pendapatan yang tinggi melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan. Semestinya pelbagai kaedah dilihat untuk memaksimakan pendapatan mereka melaluinya. Apple mengatakan peluang pengiklanan baharu ini akan hadir melalui kemaskini iOS 26.2 yang dijadualkan pada 2026 kelak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link