Apple Airpods Pro 3 Tidak Akan Dilengkapi Dengan Kabel Pengecasan USB Type-C
Nazrin
Bersama-sama dengan pelancaran siri peranti pintar Apple iPhone 17 baru-baru ini, Apple turut memperlihatkan fon telinga premium terbaru mereka, Apple Airpods Pro 3.
Ia dijual pada harga RM999 di pasaran tempatan dan dilihat hadir dengan pelbagai ciri baru yang menarik, seperti sensor photoplethysmography (PPG) yang boleh memberi anggaran denyutan nadi pengguna dan juga ciri terjemahan secara nyata terbina.

Ia juga telah disahkan bahawa Airpods Pro 3 tidak akan hadir dengan kabel pengecasan USB Type-C, dimana anda nampaknya akan perlu menggunakan kabel USB Type-C anda sendiri ataupun memanfaatkan ciri pengecasan nirwayar Qi2 yang terbina didalam rangka pengecasan fon telinga ini.
Ketiadaan kabel pengecasan tersebut dilihat sebagai satu cara untuk Apple menambahkan keuntungan pada produk-produk mereka, khususnya apabila kita lihat bahawa kabel pengecasan 70W untuk iPhone 17 dan iPhone 17 Pro (yang kami jangkakan boleh juga digunakan untuk aksesori Airpods Pro 3 ini) dijual pada harga RM169.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.