Malaysia Oversight

Aplikasi TheNoor Bakal Perkenalkan Langganan Berbayar “Pro” Tidak Lama Lagi 

By Amanz in December 24, 2025 – Reading time 1 minute
Aplikasi TheNoor Bakal Perkenalkan Langganan Berbayar “Pro” Tidak Lama Lagi 


Aplikasi TheNoor Bakal Perkenalkan Langganan Berbayar “Pro” Tidak Lama Lagi 

December 24, 2025
Aplikasi

Aman

TheNoor merupakan salah satu aplikasi gaya hidup muslim yang popular, dengan sekitar 650,000 pengguna harian. Selepas ditawarkan sejak 2020 lepas, kini TheNoor sedang melihat kepada penawaran pelan langganan berbayar tidak lama lagi.

Akan dinamakan sebagai TheNoor Pro, ia dijangka akan memberikan beberapa akses tambahan melaluinya. Buat masa ini, penawaran penuh yang bakal disertakan masih tidak diketahui lagi.

Noor Al Rajhi

Aplikasi yang kini diterajui oleh Neelofa ini dijangka akan melakukan pengumuman lanjutan berkenaan TheNoor Pro ini dalam masa terdekat. Sejumlah ciri sedia ada pada aplikasi berkenaan dijangka akan dikekalkan seperti biasa untuk pengguna versi percuma.

Pada perkongsian sama, ia kini diumumkan yang mana Neelofa kini merupakan pemegang saham majoriti pada syarikat sebalik aplikasi TheNoor ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link