Aplikasi Phone Android Kini Mempunyai “Calling Card” Mirip Contact Poster iOS
Effi Saharudin
Aplikasi Phone pada peranti Android telah menerima kemas ciri baharu Caling Card semalam yang membolehkan individu di dalam buku alamat telefon diberikan “kad panggilan” tersendiri mirip Contact Poster di iOS. Pemilik peranti boleh menetapkan gambar dan teks yang digunakan untuk individu berbeza. Apabila panggilan telefon diterima daripada mereka, kad ini akan dipaparkan menggantikan skrin hitam kosong yang dipaparkan sebelum ini.

Ciri ini sudahpun boleh digunakan di Malaysia dengan mengemaskini aplikasi Phone ke versi yang terkini. Ia adalah sebahagian kemas kini dia bawah antaramuka Material 3 Expressive baharu yang menjadikannya kelihatan lebih ceria.

Selepas aplikasi dikemaskini, anda akan dapat melihat notifikasi baharu mengenai ciri Calling Card. Anda perlu melakukannya sendiri untuk setiap individu berbeza. Pilihan pemperibadian Calling Card adalah terhad pada ketika ini dengan hanya gambar, reka huruf teks dan warna teks sahaja boleh diubah. Berbeza sekali dengan name Contact Poster yang membenarkan warna gambar, pilihan penuras dan Memoji digunakan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.