Aplikasi myPTPTN Kini Lebih Mudah Diakses Dengan MyDigital ID
Amy Maizuraa
Aplikasi myPTPTN kini diintegrasikan dengan MyDigital ID bagi menawarkan pengalaman log masuk yang lebih selamat dan mesra pengguna. Langkah ini dilaksanakan bagi menyokong usaha memperkukuh keselamatan digital serta memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan PTPTN.

Bagi pengguna baharu, pendaftaran MyDigital ID perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuka akaun myPTPTN. Manakala, pengguna sedia ada masih boleh log masuk seperti biasa namun digalakkan untuk menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah log masuk yang lebih selamat dan efisien.
Sekiranya berlaku kegagalan dalam proses eKYC semasa pendaftaran myPTPTN, pengguna masih boleh mengakses aplikasi melalui MyDigital ID. Oleh itu, langkah ini memberikan kebebasan kepada pengguna dan memastikan urusan dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Untuk pendaftaran melalui kios fizikal, pengguna boleh mengunjungi laman rasmi MyDigital ID. Selain itu, carta aliran proses pendaftaran turut disediakan sebagai panduan bagi membantu pengguna memahami setiap langkah dengan lebih jelas.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






