Malaysia Oversight

Aplikasi Microsoft 365 Copilot AI Akan Dipasang Pada PC Semua Pelanggan Microsoft 365 Tidak Lama Lagi

By Amanz in September 17, 2025 – Reading time 1 minute
Aplikasi Microsoft 365 Copilot AI Akan Dipasang Pada PC Semua Pelanggan Microsoft 365 Tidak Lama Lagi


Aplikasi Microsoft 365 Copilot AI Akan Dipasang Pada PC Semua Pelanggan Microsoft 365 Tidak Lama Lagi

September 17, 2025
Microsoft

Nazrin

Bagaikan ciri-ciri AI sedia-ada pada sistem operasi Windows 11 tidak mencukupi, Microsoft baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini perisian Microsoft 365 dengan fungsi kecerdasan buatan Microsoft 365 Copilot AI, khususnya jika anda juga seorang pelanggan perkhidmatan produktiviti Microsoft 365 yang mengandungi perisian seperti Microsoft Word, Powerpoint, Excel dan sebagainya.

Microsoft 365 Copilot

Menurut beberapa laporan, ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat bermula bulan Oktober ini untuk semua pengguna, kecuali mereka yang menetap di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Perkhidmatan AI ini, yang dikatakan akan membantu memudahkan penggunaan perisian-perisian produktiviti mereka sedia ada akan dipasang pada semua komputer pegguna menjelang penghujung bulan November ini.

Pengguna juga tidak akan diberi pilihan untuk tidak memasang ciri ini, dan ini adalah mungkin sebab mengapa ciri ini tidak akan ditawarkan untuk mereka yang menetap di negara-negara Kesatuan Eropah. Satu lagi golongan yang berkemungkinan tidak akan menerima kemaskini ini ialah mereka yang menggunakan perisian Microsoft 365 melalui akaun syarikat, dimana pentadbir IT boleh menetapkan sekiranya mereka mahu fungsi tersebut dalam komputer riba pekerja syarikat.

Bleeping Computer

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link