Malaysia Oversight

Aplikasi CelcomDigi Mengalami Isu Tidak Boleh Diakses

By Amanz in December 2, 2025 – Reading time 1 minute
Aplikasi CelcomDigi Mengalami Isu Tidak Boleh Diakses


Aplikasi CelcomDigi Mengalami Isu Tidak Boleh Diakses

December 2, 2025
Aplikasi
Telekomunikasi

Effi Saharudin

Adakah anda pelanggan CelcomDigi dan tidak boleh mengakses aplikasi sejak semalam? Anda bukan satu-satunya pengguna yang mengalami isu ini kerana sejak aplikasi dikemaskini semalam, semua pelanggan telah di log keluar. Isu di sini ialah kini aplikasi tidak berfungsi dan proses log masuk semula tidak boleh dilakukan.

CelcomDigi App Baharu

Butang memintas OTP tidak berfungsi. Log masuk menggunakan sistem single sign-on (SSO) seperti Google pula tersekat selepas pengguna memasukkan nombor telefon akaun CelcomDigi mereka. Ini mendatangkan isu kepada pelanggan Celcom yang sebelum ini menggunakan aplikasi Celcom Life. Aplikasi telah ditamatkan dan pelanggan kini tergantung tidak bertali untuk menguruskan akaun talian mereka.

Bagi pelanggan Digi pula, nasib anda lebih baik kerana ketika artikel ditulis aplikasi MyDigi masih boleh diakses sehingga 31 Disember untuk melakukan pembayaran atau semakan bil. Pada ketika ini pihak CelcomDigi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu yang sedang dihadapi pelanggan. Kami sudahpun menghubungi wakil CelcomDigi dan menanti jawapan rasmi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link