Aplikasi Celcom Life Dan MyDigi Akan Ditamatkan Pada Penghujung 2025
Aman
Selari dengan pelancaran aplikasi baharu CelcomDigi untuk para pelanggan Celcom dan juga Digi, syarikat gabungan berkenaan turut mengumumkan mereka akan menamatkan sepenuhnya aplikasi berasingan sebelum ini menjelang penghujung 2025 kelak.

Sebelum ini, Celcom menawarkan aplikasi Celcom Life kepada pelanggan mereka, sementara Digi pula menawarkan aplikasi MyDigi. Aplikasi berkenaan digunakan dalam menguruskan pelan, membeli sebarang data tambahan, serta mengakses sejumlah penawaran tambahan. Sejak kedua-dua syarikat bergabung, integrasi telah dilakukan secara berperingkat, dan kini nampaknya telah tiba masanya untuk mereka turut mengintegrasikan aplikasi mudah-alih masing-masing.
Aplikasi baru CelcomDigi telah pun ditawarkan sejak minggu ini, menawarkan kemudahan pengurusan pelan, membeli peranti pintar baru, melanggan perkhidmatan penstriman kegemaran, dan melakukan beberapa perkara lain melaluinya. Ia turut hadir dengan antaramuka yang lebih moden berbanding kedua-dua aplikasi sebelumnya.
Bagi anda yang menggunakan talian Celcom atau Digi atau CelcomDigi, boleh memuat-turun aplikasi baharu mereka dalam terus menguruskan talian masing-masing.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






