Malaysia Oversight

Aplikasi Apple TV Di Android Kini Menyokong Google Cast

By Amanz in December 16, 2025 – Reading time 1 minute
Aplikasi Apple TV Di Android Kini Menyokong Google Cast


Aplikasi TV Di Android Kini Menyokong Google Cast

December 16, 2025
Penstriman

Effi Saharudin

Aplikasi TV untuk peranti Android dikemaskini hari ini dengan membawakan sokongan Google Cast. Apabila aplikasi dibuka, ikon Cast akan dapat dilihat pada bucu atas kanan aplikasi. Ini adalah kali pertama ciri Cast disokong kerana salam ini ciri menyiarkan kandungan daripada aplikasi ke TV hanya disokong menggunakan AirPlay.

Apple TV google Cast

Untuk menggunakan ciri baharu ini, sila kemas kini aplikasi ke versi terkini di Play Store. Walaupun platform penstriman Apple TV (dahulunya Apple TV+) dilancarkan pada tahun 2019, ia hanya boleh dimuat turun telefon dan tablet Android pada Februari tahun ini dengan sokongan Android TV diberikan sejak 2021.

Kerana sokongan aplikasi yang terhad ini, jumlah pelanggan Apple TV adalah lebih rendah berbanding Netflix, HBO Max, Prime Video dan Disney+. Laporan terkini oleh Cloudflare hari ini tidak menyenaraikan langsung Apple TV sebagai antara 10 aplikasi penstriman video dengan trafik tertinggi 2025.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link