Malaysia Oversight

Apa zalimnya tindakan undang-undang Waytha?

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 3 minute
Apa zalimnya tindakan undang-undang Waytha?


Pengerusi penaja Urimai, P Ramasamy, membidas Perdana Menteri Ibrahim yang menyifatkan semakan undang-undang oleh P Waythamoorthy terhadap keabsahannya sebagai ahli parlimen sebagai “kezaliman golongan minoriti”.

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu menegaskan apa yang dilakukan Waythamoorthy adalah melalui proses undang-undang dan tidak sama dengan serangan provokatif Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh.

“Bagaimana pula tindakan Waytha menggunakan saluran mahkamah boleh dianggap sebagai satu bentuk ‘kezaliman minoriti’?

“Mengapa perlu menggunakan sejarah silam Waytha untuk membingkai cabaran tersebut sedemikian rupa?

“Adakah mencabar perdana menteri secara automatik dikira sebagai kezaliman? Jika begitu, adakah blok pembangkang – PN – juga termasuk dalam label ini?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, memberi amaran terhadap kezaliman, sama ada oleh kumpulan majoriti atau minoriti, susulan saman dikemukakan bekas menteri era PH itu. Ia dibuat bagi mempersoal keabsahan statusnya sebagai ahli parlimen dan perdana menteri.

“Seorang tokoh terkenal, yang kini sibuk mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong terdahulu, sebelum ini pernah mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah negara zalim (apabila) ribuan orang India (didakwa) dibunuh oleh polis dan mempersoalkan hak orang Melayu.

“Itu dari kumpulan minoriti… jadi, apabila saya beri amaran ini, ia bukan hanya kepada majoriti.

“Inilah yang saya maksudkan sebagai kezaliman minoriti, dan kita tidak akan bertoleransi (kerana kita) tiada toleransi terhadap sebarang bentuk perkauman dan fanatisme agama,” kata Anwar.

Perlu pentingkan kebenaran

Sebelum ini Waythamoorthy telah memfailkan saman pemula bagi mencabar keabsahan Anwar sebagai ahli parlimen dan juga perdana menteri.

Dalam ucapannya semalam, Anwar menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menimbulkan kebencian ketika ketegangan meningkat susulan insiden bendera terbalik oleh pemilik kedai perkakasan di Pulau Pinang, yang menyebabkan Akmal mengadakan perhimpunan di luar premis tersebut.

Ramasamy berkata Waythamoorthy mengambil pendekatan demokratik dengan memohon penghakiman mahkamah berkenaan sama ada Anwar, walaupun menerima pengampunan penuh diraja pada 2018, dikecualikan daripada larangan lima tahun untuk bertanding dalam pilihan raya atau tidak.

Dia menegaskan bahawa jika Jabatan Peguam Negara (AGC) merasakan pengampunan diraja telah memadamkan sabitan lampau Anwar, maka tiada siapa perlu risau tentang semakan kehakiman sekarang.

Dalam hal berkenaan, Ramasamy berkata, perdana menteri tidak sepatutnya menggunakan istilah seperti “kezaliman majoriti” atau “kezaliman minoriti”, kerana ia boleh menimbulkan persepsi bahawa beliau sedang diasak oleh kuasa luar kawalannya.

6d6a20c9a2a2d078908b9a7edd1e0485
P Waythamoorthy

“Persoalan sebenar yang mesti Anwar hadapi adalah mudah: Adakah terdapat kebenaran dalam apa yang diperkatakan oleh Waytha?

“Jika ada, maka beliau harus mementingkan kebenaran semata-mata, bukan yang lain,” katanya.

Dua hari lalu, AGC berkata pengampunan diraja yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15 menyatakan bahawa dia telah diberikan pengampunan sepenuhnya dan dianggap sebagai individu yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

Pada 2018, Agong ketika itu, Sultan Muhammad V, mengampunkan Anwar atas sabitan kes liwat yang dikenakan terhadapnya pada tahun 2015.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali menyifatkan Anwar dalam ketaktukan sehingga terpaksa mengeluarkan amaran sedemikian rupa.

Katanya, ugutan itu kesan selepas Himpunan Turun Anwar yang berlangsung bulan lalu di ibu negara.

“Saya percaya PMX (Anwar) ketakutan. Maka dia cuba takutkan rakyat. PMX ketakutan kerana rakyat bangkit. Kerana rakyat mula persoal kelemahan dan PMX sendiri.

“Kita sedang saksikan after effect Himpunan Turun Anwar. Rakyat mula ke hadapan untuk suarakan rasa tidak puas hati. Buatlah banyak manapun ucapan PMX, rakyat sudah berani,” katanya lagi.

Menurut Rafique, gelombang kebangkitan rakyat bermula di Sabah dengan isu Zara Qairina Mahathir membangkitkan solidariti semua.

“Kerana semua adalah ibu dan ayah ada anak-anak. Tambahan pula seolah layanan dua darjat. Tiada post mortem, cuba disapu bawah karpet, cuba disenyapkan. Rakyat hidu, rakyat bertanya, rakyat bergerak dan rakyat bersuara,” katanya lagi.

Dia juga berpendapat cara menangani isu Jalur Gemilang agak lemah sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

“PMX juga terasa dengan saman mengenai kelayakan bertanding pilihan raya. Sama ada pembatalan tempoh iddah lima tahun terpakai. Saman itu tidak persoal pengampunan, isu itu Mahkamah Persekutuan telah putuskan. Malah saman itu jelaskan pengampunan kuasa Tuanku,” katanya lagi

[Baca laporan asal]



Source link