Malaysia Oversight

Apa lagi kita boleh harapkan daripada kerajaan?

By MkiniBM in August 3, 2025 – Reading time 3 minute
Apa lagi kita boleh harapkan daripada kerajaan?


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Wan Saiful Wan Jan membidas susulan penahanan beberapa ahli parti itu yang terlibat dalam himpunan Turun baru-baru ini.

“Saya tidak fikir kita boleh harapkan sesuatu yang lebih baik daripada ini.

ini adalah hasil gabungan parti-parti yang mempunyai agenda berbeza, yang disatukan oleh Ibrahim yang sanggup ‘menjual jiwa’ semata-mata untuk menjadi perdana menteri.

“Apa lagi yang kita boleh harapkan daripada kerajaan ini?” katanya yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor itu kepada Malaysiakini.

Pada 29 Julai lalu, polis menahan Setiausaha Kerja  Bersatu Perak, Furqan Hakimi dan ahli Bersatu, Syafiq Aziz berhubung himpunan itu.

Sehari sebelumnya, polis menahan Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, selepas laporan polis dibuat terhadapnya berkaitan himpunan itu.

17c6acdc382d2b61573f65a2b6917533

Peguamnya Rafique Rashid Ali berkata, Chegubard disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (tingkah laku menghina), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (menghina dengan sengaja dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menyifatkan tangkapan itu “tidak perlu sama sekali”.

Dia berkata penahanan anggota Bersatu mengesahkan tanggapan bahawa kerajaan Madani tidak menegakkan hak kebebasan bersuara dan berhimpun yang dijamin perlembagaan.

sedang mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang drakonian. Tapi ini memang dijangka kerana dia seorang yang sanggup buat apa sahaja demi kekal berkuasa,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz berkata kerajaan pimpinan Anwar menunjukkan kecenderungan untuk membisukan kritikan terhadap kerajaan.

1d1c780108254bcbe887463dd1180a28
Tun Faisal Ismail Aziz

Dia menegaskan himpunan tersebut dapat diteruskan kerana kebenaran mahkamah, justeru tidak memerlukan kebenaran Anwar.

Tun Faisal merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1 Julai lalu bahawa peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) — yang menjadikan kegagalan memberi notis kepada pihak berkuasa sebagai kesalahan — adalah tidak berperlembagaan.

Tun Faisal mendakwa Anwar tidak menghormati keputusan mahkamah, dengan merujuk kepada sekatan jalan raya oleh polis, tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan pentas, serta penggunaan media untuk memburukkan himpunan tersebut.

“Sebelum ini, PAA hanya memerlukan notis kepada polis. 

“Tapi itu pun tidak dihormati oleh kerajaan Madani bila mereka menghalang perhimpunan atas alasan ia perhimpunan haram kerana tiada kelulusan polis dan pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat Shafiq Abdul Halim menyifatkan pendekatan Anwar sebagai Perdana Menteri pada masa ini amat berbeza jika dibandingkan ketika dia memimpin pembangkang.

“Dulu dia dikenali sebagai pengkritik lantang terhadap sistem lapuk dan elit, tapi kini semakin dilihat sebagai arkitek kepada gaya pemerintahan autoritarian yang menindas rakyat,” katanya.

Buka ruang perdebatan

Shafiq mencadangkan agar kerajaan membuka ruang lebih luas untuk berdialog dengan pengkritiknya, termasuk menerusi debat terbuka.

“Sebelum ini, Anwar sendiri pernah mencabar (bekas perdana menteri) untuk debat terbuka pada 2022, dan berdebat dengan Ahmad Shabery Cheek pada 2008 mengenai kenaikan harga minyak.

“Tapi sejak jadi Perdana Menteri, wacana terbuka itu nampaknya terhad kepada Sesi Soal Jawab Perdana Menteri di Parlimen, tanpa inisiatif untuk libatkan masyarakat awam secara terbuka,” katanya.

Pada 29 Julai lalu, Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata pihaknya menyiasat satu insiden dalam himpunan “Turun Anwar”, membabitkan beberapa individu yang memukul patung mirip Anwar menggunakan rotan.

Walaupun Khalid tidak menamakan individu terlibat, Rafique mengesahkan bahawa penahanan Chegubard adalah berkaitan insiden itu.

Amnesty International menyifatkan penahanan tersebut menggambarkan “hakikat yang membimbangkan”, di mana walaupun protes dijalankan secara aman, kerajaan masih menggunakan undang-undang lapuk untuk menghalang penentangan dan menakut-nakutkan penunjuk perasaan.



Source link