Malaysia Oversight

‘Apa hal kes cabul kanak-kanak tutup, bapa mangsa kena dakwa?’

By MkiniBM in August 12, 2025 – Reading time 2 minute
'Apa hal kes cabul kanak-kanak tutup, bapa mangsa kena dakwa?'


Perikatan Nasional (PN) menawarkan khidmat guaman kepada bapa seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dicabul pekerja warga Bangladesh di sebuah kedai serbaneka di Kajang pada 27 Februari lalu.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengklasifikasikan kes tersebut sebagai no further action (NFA).

Lebih mengejutkan, katanya, bapa mangsa itu pula yang akan didakwa susulan video tindakannya terhadap lelaki warga asing berkenaan.

“Ini menimbulkan tanda tanya kenapa pihak berkuasa meletakkan kes ini NFA.

1983bc79e1a15f571ceb4f468810e511

“Tunggu benda ini meletus seluruh negara baru nak buat macam Almarhumah Zara Qairina (Mahathir). Jadi, kami minta pihak berwajib tampil ke depan dan memberi penjelasan.

“Bagi pihak PN kami bersedia membela akibat pertuduhan-pertuduhan yang saya sebutkan tadi,” katanya pada sidang media di Parlimen, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermiyatie Samsudin.

Wan Ahmad Fayhsal berkata bapa mangsa didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 9 Ogos lalu, polis memaklumkan sedang mengesan saksi berhubung dakwaan seorang lelaki warga Bangladesh mencabul kanak-kanak itu.

118a5c93a8491925d8c49d210749a070

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya mengesan video di platform X yang memaparkan dakwaan suspek memegang dada mangsa.

“Hasil semakan mendapati laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun pada 12 Mac lalu, mendakwa anaknya berusia sembilan tahun dicabul pekerja terbabit,” katanya pada satu kenyataan.

Naazron menjelaskan laporan dibuat dua minggu selepas kejadian apabila mangsa menceritakan insiden itu kepada pengadu pada 11 Mac.

Sementara itu, peguam yang dilantik PN untuk mewakili bapa mangsa, Mohd Redzuan Mohamed Yusoff menyoal tindakan pihak berkuasa yang tidak merakam keterangan mangsa melalui Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC).

“Dari bulan Februari sehingga kini hanya diambil keterangan di bilik pegawai penyiasat, (mangsa) belum diambil keterangan melalui CIC itu.

“Suspek (sebelum ini) telah dibawa ke balai polis, pihak polis lepas tanpa reman sehingga sekarang kes belum selesai…

“Suspek tersebut telah berhenti kerja, persoalan di sini bagaimana pihak polis ingin teruskan siasatan jika suspek tak dapat dikesan. Di mana suspek tersebut ketika ini, tanpa suspek tak ada guna,” katanya.



Source link