Malaysia Oversight

Anwar ucap tahniah, sifatkan kemenangan beregu campuran negara hadiah Hari Kebangsaan

By TheSun in August 31, 2025 – Reading time 1 minute
Anwar ucap tahniah, sifatkan kemenangan beregu campuran negara hadiah Hari Kebangsaan


PERDANA Menteri Datuk Seri Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atas kejayaan merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Perancis, malam ini.

Beliau turut menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah Hari Kebangsaan buat Malaysia.

“Tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, atas pencapaian membanggakan di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025.

“Terima kasih kerana telah bekerja keras demi mengharumkan nama negara,” katanya menerusi hantaran di X.

Pada aksi final yang berlangsung di Adidas Arena, Paris, gandingan keempat dunia itu menundukkan pilihan kedua Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari , 21-15, 21-14.

Kejayaan itu menoktahkan penantian hampir dua dekad selepas pencapaian terbaik negara dalam acara beregu campuran hanyalah di separuh akhir menerusi Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada edisi 2006 di Madrid, Sepanyol. – Bernama



Source link