Malaysia Oversight

Anwar tolak dakwaan pemilihan PKR tidak adil

By MkiniBM in April 29, 2025 – Reading time 1 minute
Anwar tolak dakwaan pemilihan PKR tidak adil


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim hari ini menolak dakwaan bahawa pemilihan telah dijalankan secara tidak adil.

yang juga Presiden berkata bahawa sebarang aduan yang diterima telah disemak.

“Mengapa anda fikir ia tidak adil? Hanya kerana ada aduan maka ia tidak adil? Sangat prejudis.

“Hanya kerana ada orang yang mengadu, maka dikatakan tidak adil? Tidak. Jika ada aduan, kita akan teliti. Kini terdapat juruaudit antarabangsa yang sedang membuat semakan jika ada sebarang kesahihan. Soalan haruslah munasabah dan bukan bersifat prejudis,” kata beliau selepas majlis pecah tanah Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik Mukim Batu hari ini.

ditanya mengenai aduan yang mendakwa pemilihan dijalankan secara tidak adil dan saksama.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Pembangunan Tempatan Nga Kor Ming.

Semalam, Dr Zaliha yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR berkata ahli PKR sekali lagi dinasihatkan untuk membuat aduan berkaitan salah laku dalam pemilihan parti 2025 hanya melalui saluran rasmi, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Beliau berkata aduan yang dikemukakan akan disemak Jawatankuasa Bantahan dan Aduan JPP 2025.

Dr Zaliha mengulas mengenai beberapa calon yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan melalui media sosial.

Bernama



Source link